Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu Pn Normala Hj Harun...Love U so Muchhhhh





Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini

Thursday, May 6, 2010

Syukran...Alhamdulillah semua dipermudahkan....






Ya Allah serononnya hati ini..bila satu lagi saat genting yang aku takutkan telah aku lalui dengan tenang......dari 4 solan aku tak pasti satu jer solana heheheh...n aku harap aku berjaya...takut soalan INSAK jer sebab keliru sangat..tapi aku dah wat yang terbaik...ni ada beberapa pic time aku lepak kat shah alam...hahah siap pi main boling kat plaza alam sentral

Monday, May 3, 2010

ermmmm debaran dub dap dub dap....

makin terasa hati ini..entahlah nak study pon malas..minta2lah time temuduga nanti dorang tak tanya bukan2...heheheh aku dah tak sabar nak jadi guru yang dedikasi cewahhhh hahahahah...minta2lah posting kat areal perak or selangor or johor...kenapa aku pilih tempat2 ini..sebab tempat2 nilah aku ramai kawan yang boleh bergantung harap...namun jika aku tercampak ke sabah dan sarwak pon aku tak kisah...inikan pengorbanan seorang guru untuk anak bangsa heheheheh...di kalau umur aku 24 tahun ini macam2 ssepatutnya aku dah ada...tapi aku lumposting2 lagi...insyallah pas interview ini aku dpt penempatan aku...ermmmmm seronok sebenarnya tgk kawan2 dah berkerjaya..tulah orang masuk u buat ijazah 3 tahun tapi disebabkan pendidikan aku jadi 4 tahun rugi setahun berbanding kawan2 yang lain...namun inilah cita2 aku untuk menjadi guru dan akhirnya ianya tercapai insyallah....Ermmm sok dalam kul 12 tengahari aku bertolak ke Shah Alam nak check in Hotel n nak cari tempat temuduga...takdalah hari rabu nanti aku tercari2 mana tempat temuduga...Kawan2 aku yang dah temuduga hari ini kebanyakkan ditanya mengenai NKRA atau Bidang Keberhasilan Utama Negara...so aku ingat malam ni nak taf kan pemikiran aku dengan NKRA PIPP MBMMBI............oklah aku nak bla...cau jumpa lagi....korang semua doakan yang terbaik untuk aku yer.....aku sayang koprang semuaaaaaaaaaaaa

Hari yang dinanti makin hampir..mendebarkan...

Ya Allah 2 hari saja lagi untuk aku menghadapi interview ni....hari ini n esok jer aku leh baca apa yang patut..moga semuanya dipermudahkan....moga terbuka hati penemuduga untuk tidak menyoalah aku soalan2 yang agak mencabar kewibawaan aku..n aku nak mengagar cepat na nak bantu family aku...hehheehhe....amin....

Saturday, May 1, 2010

Apa yang aku baca tak masuk dalam kepala...aduhhh...tensionnya...


Hampir setahun aku tak study...tiba2 kena study habuk....apa yang dibaca tak lekat pon dalam cpu memorie aku ni...huhuhu akan nak kena hentak kat dinding kot...ermmmm banyak lagi nak baca tapi kepala ni macam dah nak pecah..astagfirullah takkan lah sampai nak pecahkan...ermmmmm mesti time ni kawan2 semua dok ligat baca n cari bahan2...ermmm aku bahan ada tapi malas baca...akan nak tido jer..huhuhu nanti nak jawap ternganga....releks2 man...study smart k....kokan biasa study las2 minit hahhaha....